THIS BLOG BELONG TO ME AND MY MAMA..!!

"blogcahayamama.blogspot"

BLOG INI ADALAH BLOG SUKE-SUKI MASAKAN KAMI DAN BLOG JOIN CONTEST..

~~ MOHON KERJASAMA KALIAN SEMUA ~~

SEMUA GAMBAR-GAMBAR DALAM BLOG NI ADALAH HAK MILIK KAMI PERSENDIRIAN..
DO NOT COPYRIGHT!




My Sweetlove Followers

Friday, 15 April 2011

KUIH ROS ATAU KUIH GOYANG??


Assalamualaikum sume,.





Kuih ros ke kuih goyang??,.ade yang sebut kuih ros sebab bentuk die cam bunge ros kan,.ade yang panggil kuih goyang sebab mase buat kuih ni kite kene goyang2kan sket,.hehe,.skali ngan badan2 goyang tu,.huhu,.hemm,.pape je la,.yang penting,bende yang same,resipi yang same,rupe yang same,.hehe,.

So arini sy nak post pasal kuih ni,.disebabkan minggu2 lepas sy tersangatlah bizi ngan tempahan kuih ni,tu yang tak dapat nak hapdate entri tu,.huhu,.

jom kite tengok resipi kuih ni k dan layan laaaaa gambo yang tak seberape tu,.



BAHAN-BAHAN :

1. 1 paket tepung beras
2. 3 cawan santan
3. 1 cawan gula 
4. Garam secubit rasa
5. 1 sudu tepung jagung




CARA-CARA MEMBUAT DAN MENGGOYANG :
1. Bancuh tepung dan santan seterusnya kacau.
2. Untuk lebih sebati, blender adunan tersebut.
3. Dalam masa yang same, kuali telah dipanaskan dengan api yang sederhana dan minyak yang banyak supaya kuih terendam sepenuhnya apabila menggoreng..acuan juga direndam bersama dalam kuali ye,.
4. Agak-agak dah panas, celup acuan ke dalam tepung tapi jangan sampai sepenuhnye rendam sebab nanti bile dah menggoreng, die akan melekat sampai tak boleh tertanggal,.hehe,.
5. Goreng/celup dalam minyak panas selama buih minyak tu hampir habis,kemudian barulah digoyang dan diangkat untuk celupan yang seterusnya.
6. Kalau kami, kami gune lidi untuk balikkan die sebab senang nak tos minyak skali,.dan jangan lupa tos minyak atas suratkhabar atau tisu tos minyak sebab bile terlalu berminyak, kuih ni tak sedap dan tak rangup,.
7. Ulang step seterusnya sampai la adunan habis,.
8. Done!,.siap sedia untuk dihidang,.hehe,.


acuan kuih ros,.

balang kuih raye dah sedie tu,hehe,.

Kuih ni boley simpan dalam balang,.senang kate,kuih ni cam kerepek!,.boley makan sambil2 tengok tibi,.buat untuk raye pon boley,.hehe,.

selamat mencube,.

0 kata-kata hikmat!: