THIS BLOG BELONG TO ME AND MY MAMA..!!

"blogcahayamama.blogspot"

BLOG INI ADALAH BLOG SUKE-SUKI MASAKAN KAMI DAN BLOG JOIN CONTEST..

~~ MOHON KERJASAMA KALIAN SEMUA ~~

SEMUA GAMBAR-GAMBAR DALAM BLOG NI ADALAH HAK MILIK KAMI PERSENDIRIAN..
DO NOT COPYRIGHT!




My Sweetlove Followers

Monday 28 March 2011

Contest Senyum Paling Ceria

Assalamualaikum reader's,..



join contest lagi sementara ade mood ni,.hehe,.
kali ni contest dari Namee .

gambar yang dicontestkan,hiks,.



ok,gambar ceria diatas sebab 
saya sangat teruja berada 
atas jambatan gantung Langkawi tu,
dah la tinggi tapi memang seronok! hehe

last date : 31 Mac 2011 

nak tag : cikida dan cempaka,
dan semua yang membaca, 
sebab my followers tak ramai lagi,.
hope dipertimbangkan,.hehe

Sunday 27 March 2011

"Contest Natural Beauty"


Assalamualaikum,.




Contest Natural Beauty ni anjuran Abg Stalker,.
 

hurrmm,walaupon saya takla cantek dan cun melecun macam artis.
tapi dah nak natural beauty kan, 
so mesti wajah sebenar kite biarpon tak lawo,bagi saya la,.hehe
dah,.takyah nak bebel panjang, die tak bacenye,.hehe,.

ni gambar yang dipertaruhkan,.hope oke, menepati syarat,.


g umah jiran je,huhu..
nak tag : cikida dan miss farah

Saturday 26 March 2011

PUDING ROTI


Salam sume,..

Pagi tadi buat puding roti ni, sebab a.anjang nak datang rumah kan,.so buat la makan-makan lebih sket,.tengok ade roti kat dapo, mule la rajin nak buat,.dari roti tu dimakan begitu saje,baik kite cekau awal-awal!,.hehe






BAHAN-BAHAN :
  1. ROTI 10 KEPING
  2. 1 TIN SUSU CAIR
  3. 2 BIJI TELUR
  4. 5/6 SUDU GULA
  5. 2 SUDU MARJERIN
  6. KISMIS

JOM KITE BUAT : 
  1. Satukan gula dan telur dalam mangkuk, kemudian kacau rata.
  2. Masukkan susu cair dan kacau lagi,.tabur sedikit garam.
  3. Roti dipotong 4 dan direndam dalam air selama 10 minit.
  4. Kemudian angkat dan susun dalam loyang sambil menabur sedikit kismis. Sebelum tu loyang hendaklah disapu sedikit marjerin.
  5. Setelah roti disusun rawak dalam loyang, *tak perlu disusun teratur sebab nanti pudingnya tak nampak cantik* sapukan sedikit marjerin lagi atas roti.
  6. Tuang adunan tadi keatas roti yang telah disusun,.
  7. Kukus selama 45 minit
  8. Sedia untuk dihidang
yg ni saya bakar sket sebab konon2 nak bagi crunchy,hik3
kalau nak try puding roti berkuah, cume tambah susu cair separuh tin, 5 sudu gula dan 6 sudu tepung kastard,tapi aritu kan saya try buat guna santan pekat setengah cawan,.perghh!jadii,.hehe,.

SELAMAT MENCUBA ~ simple je ni,hehe..

 

TWINSCRAFTLIFE'S 1ST LUCKY DRAW

Salam,.

join lucky draw plak,.di sini, Twinscraftlife



Antara cute little gifts dari Twinscraftlife ni, sile klik sini,.hehe

Closing date : 22 April 2011

tag : cikida and farisya

"OdahOne Giveaway | Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya"


Salam,.

Nak join Giveaway lagi,.sebenarnye nak update resipi tapi gambar tak transfer lagi,.trase malas plak nak transfer gambar,.boleh camtu?,.hehe,.takpe,nanti saya update banyak-banyak terus resipi ye,.tungguuu,.



ok,kali ni Giveaway dari OdahOne,.klik kat banner kalau nak join ye,.kat sini pon boleh,.hehe,.

last date : 30 April 2011,.jom join,.

nak tag ------> cikida dan -------> cikNuurul 

Thursday 24 March 2011

1st Giveaway Contest Alin Marlini

Assalamualaikum



sila klik banner untuk join GA ni,.

sweet je kan diorang berdue,.nampak mude je,.

GA yang Alin Marlini buat ni adalah bersempena 
  • ulangtahun perkahwinan mereka pada 5 Mac aritu,.dan 
  • ulangtahun penganjur pada 5 April ni,.
semoga Alin Marlini dan pasangan 
serta keluarga berbahagia hingga ke akhir hayat,.amin..
 
so die bukak GA ni selama sebulan 
dari tarikh 5mac tu,.jadi,ade mase lagi nak join,.
Hadiah setakat ni dirahsiakan dulu 
tapi yang pastinya mesti menarik,hehe,.

ok, disebabkan blog ni still belum ramai follower, 
so saya tag sume followers saya tuk join GA ni,.
hope bertuah la nanti,.

Due date : 5 April 2011

GA izdiharshoppe


Assalamualaikum sume,..



Arini nak try join GA izdiharshoppe,..
GA ni dibuat sempena kelahiran baru
so,bagi memeriahkan majlisGA, 
jempotla sume kawan-kawan join ye,.

walaupon blog ni baru je lagi buat, 
dan tak ramai lagi follower, 
tapi semangat saya nak join tu berkobar-kobar,.hehe,.

sape nak join klik banner ni tu, 
bace syrat-syarat peraturan GA, dan join,.
senang je,.hope bertuah la,.
dan gdluck tuk kawan-kawan yang join,.

sebelum terlupa, due date sebelum 10 Aril 2011,.
dan ni antara hadiah yang bakal dimenangi,..


amacam?,.berkenan?
nak join, klik sini,.
tag : 


KISZYDOLLS GIVEAWAY


Assalamualaikum,.

Jom join contest dari Kiszydolls,..
hadiah die menarik sangat sangat sangat,..
meh nak tunjuk dulu,..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

comel x?,.siyess comel,.nak nak nak,.
geramm je tengok,.jom grab satu,.
  
terujee tak?,.jangan lengah2 lagi,..
haa,ni bisnes kad Kiszydoll,.sesape nak order,boley try ushar,.

bear comel kat atas tu berukuran 16.5 inci,
boley bawak tidooo tu yang penting,.hehe
yg paling kagum sekali, bebey tu handmade tau!
dari tangan seorang gadis yang rajin,.
bertuahh badan,.

jom join,.klik sini


due date : 20 May 2011

sape nak join, ikut syarat yang ditetapkan,senang je,.
then paste link entri ke komen beliau,.
mudah je kan?,.
so jom join,.

Monday 21 March 2011

aTTENTION !!


Assalamualaikum,..

Even blog ni mungkin takde sesape yang bace dan nilai hasil resipi dalam ni, tapi perlu juga saya meng'attentionkan korang,.sume gambar-gambar yang ade dalam blog ni adalah original from my collection,.gambar yang ber'watermark "MamaNoor" dan "daridapurburok" sempena ngan name blog dan tuan punye blog, selain dari tu, baru lah namenye dicurik secara dalam diam kat Pakcik Google ye,.hehe,..yang lain, sume hakcipta terpelihara kami anak beranak,.hehe,.

Harap takde lah yang mensurik,..kui3,..padahal,takde sape nak curik la oii,.arrghh,takpela,.asalkan kami ade trademark kami sendiri,.MamaNoor tu adalah panggilan mak mase dulu-dulu,.Dulu sebelum kitorang pindah ke Sabah, family Atok Siti kat bawah tu anaknye selalu nanges,.so,dengan adenyer cam adat tukar-tukar anak kot,ntah, saya tak bape tau sangat camne adat tu,.then anak die panggil MamaNoor,..hehe,..gitu la citenye,..

Ok, nak post next entri plak,.harapan untuk blog ni, nanti andaikate dah dewase belaka anak-anak MamaNoor,.mak boley tengok balik blog ni,.plus nanti mak tambah-tambah la ye ape yang patot,.mak sedang belajar ber'internet sakng,.huii,bangge jap!,.ehheee,..

-sekian-

MAGELEK MAMA NOOR, kalah GELEK INUL,..


Assalamualaikum reader's,..

Dah lame sangat blog ni berabuk, tak di cuci,.tak di sapu,.tak di lap, tak di mop,.ehehh,.sori la banyak-banyak, sedikit bizi sejak 2 minggu ni,.ramai yang menempah kuih untuk rewang,..terpaksalah mengadap kuali dari mengadap blog ni,.

Oke hari ni saya nak tunjukkan antara resipi kuih magelek yang saya dan mak buat minggu lepas,.orang tempah sampai 200 keping selama dua hari,.alhamdulillah, rezeki mak dan keluarga,.haa,sebelum lupa,.kuih ni orang biase panggil kuih Wadey,.alaa kuih tradisional masyarakat India,.jangan risau, saya bagi tengok gambar punye!,.haha,.ok, let's cekidout!,.
BAHAN-BAHAN :
1. 3 cwn kacang dal rendam
2. 1 bj bawang besar potong dadu
3. 8 tangkai cili kering digunting halus
4. 4 tangkai daun sup
5. Garam, perasa, dan minyak yang secukupnya untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN :

1. Blender kacang dal sampai halus dan tapis airnya, asingkan,.
2. Untuk blender yang seterusnya gunakan air lebihan yang pertama.
3. Campur semua bahan yang dipotong tadi, garam dan serbuk perasa.
4. Bulat-bulatkan leper dengan guna due senduk, terus masuk dalam kuali,.
5. Pastikan api sederhana besar dan goreng sehingga garing,.
6. Untuk hasil yang lebih baik, semasa goreng, tunggu bahagian bawah nampak kekuningan, barulah dibalikkan,.sebab kalau balikkan awal, die akan pecah,.


ini selepas ditabur dengan lada dan bawang

ini selepas digaul sebati

dalam kuali setelah dibulat-bulatkan leper


Hasilnya,.pastikan tos minyak ye!

Sedia untuk dimakan,.muahaha

selamat mencube!!
-sekian-,..


p/s: sebiji 30 sen je weh!,.yang ni semuenyer kitorang buat berharga dalam 60 hengget,.wuuu,syoknyerr,..


Friday 11 March 2011

KETAYAP IJO SI ABU


ASSALAMUALAIKUM,.

Macam biase,puji-pujian kepada Allah yang menjadikan kite,.hehe
Arini Jumaat, so jiwe tu sket sebanyak bermotifkan keagamaan sket,.hehe,.oke tak nak buang mase, arini sy nak share kuih yang paling paling paling laaaaa simple dan kacang sekali kat dunie nih,..tak lain dan tak bukan beliau adalah Ketayap Ijo Si Abu,.hehe,.best kan name die,.




jom kite g jenguk ape ade kat dapo burok ni..

BAHAN-BAHAN :
  • Tepung gandum
  • Pewarna hijau
  • secubit garam

  • Inti kelapa 
  • * cairkan 2 cwn gula merah dengan 1setengah cwn gula pasir dan masukkan daun pandan berikat..kelapa sy gune sebijik,.tapi takpe la,ikut mane yang mampu la,.then kacau sampai kering sket/pekat! pastu baru masuk kelapa parut sebijik tadi *

CARA PENYEDIAANNYA :
  1. Bancuh tepung macam nak buat lempeng sekali ngan pewarna dan garam
  2. Guna kuali leper/pan frying dan curah dalam 1 senduk besar * bagi saiz die same *
  3. dah agak masak, angkat terus tanpa balikkan die
  4. Bubuh inti kelapa dan gulung ketika masih panas..   *gulung tu make sure lipat ujung-ujung die tau,kang tak cantek plak tibe-tibe terngange je tepi-tepi,.hehe,.jangan tiru cm sy buat tuuuu,huhu*
  5. Buat banyak-banyak dan sedia untuk dihidang.

Act inti tu ade lebih mase buat kuih kt entri lepas,.mende tah name die,.ececehh,malu nak sebut plak!,.haha,.so,sy taram je la asalkan ade bende nak makan petang-petang hari,.buat sket air teh,lengkap dah minum petang kite,.k,selamat mencube adik-adik tadika sekalian,..

Tuesday 8 March 2011

BADAK BERENDAM





ASSALAMUALAIKUM READER'S..

Orait today I have cooked some white n yummy dessert which is called Badak Berendam,.muahaha,..even it name sounds weird but don't judge a book by its cover k..no, don't judge this hippo by it's big small combination okay!,.haha,.This is dessert @ kuih that taste very delicious tradisional dessert I've ever had. First time I had doing my Badak, so hopefully you can enjoy with this simple recipe..Let's check it out,.

INGREDIENTS :

  • 3cups of tepung pulut. what it is call huh??,..oh,what ever!,.huhu
  • Some water based on keselesaan die untuk diuli,..muahaha,.broken english yo,sorry,.
  • Salt
  • Most important is INTI KELAPA.
INGREDIENTS FOR INTI KELAPA :
  • 3cups of kelapa parut
  • Gula merah
  • Gula pasir ~~ semuenyerr ikut suke u olss,hehe..
INGREDIENTS FOR SELIMUT PUTIH :
  • 2cus of santan @ mengkiut banyak kuih yang dibuat
  • 1tablespoon tepung jagung
LET'S TRY :
  • Boil gula merah and gula pasir in a small pot.
  • Then add kelapa parut and cook them until it get pekat. And ketepikan.
  • In other basin, add tepung pulut, water based on keliatan dough n put some salt.
  • Then make a small tiny round dough
  • Put some inti yg telah disejukkan ye inside the small round dough.
  • Then punjut2kan, tutup lubag doh dan golek-golekkan die sampai jadi bulat atas tapak tangan.
  • Lastly put it into loyang and make sure you boil the pengukus around 10 mins before.
  • ~~ aihh,payah nak speaking ni,..haa,lepas je dah buat bulat banyak-banyak,susun dalam loyang,.pastu siram la ngan selimut putih a.k.a bancuhan santan dan tepung jagung tadi.
  • Curah atas die sampai die tenggelam,.
  • Kukus lebih kurang 45min.
  • Sedia untuk dihidang panas @ sejuk!,..

Saturday 5 March 2011

PARI KUKUS BEREMPAH





Assalamualaikum, semalam saya masak ikan pari ni,hehe..kalau nak ikutkan,mak nak masak asam pedas pari tapi disebabkan saya ni tak makan "ikan dalam air" ,so terlaksanalah masakan ikan pari kukus berempah ni,..ikan dalam air tu maksudnyer saya ni kureng sket lauk ikan yang berenang dalam air,.huhu,.ex macam asam pedas ke,masak lemak kuning ke,.of course saya hanya akan menikmati just kuah die je yang berladung tuh,.haha,..ntah la,tak bape suke kot lauk-lauk ikan yang dah lembik dalam tu,.hehe,..oke,dipersilakan tengok dan pelajari cara-cara membuatnyer mengikut style sy,.hehe

BAHAN-BAHANNYA : 

  • Ikan pari ikut kesesuaian bilangan ahli keluarga
  • Lada kering mengikut kesukaan,.nak lagi pedas,letak sebalang!
  • Bawang merah , bawang putih
  • Halia
  • 3 sudu kerisik
  • Serai potong halus-halus
  • Asam keping sekeping.
  • Garam dan perasa yang dibenarkan,hehe..
CARA-CARA MELAKSANAKANNYA :
  1. Basuh ikan seperti biasa kamu lakukan,.hehehe
  2. Blender lada kering, bawang merah, bawang putih dan halia
  3. Tumis mereka-mereka itu sampai naik bau
  4. Then masukkan serai yang telah dipotong nipis-nipis
  5. Masukkan kerisik, kacau,.bubuh asam keping,.
  6. Bubuh garam dan perasa yang dibenarkan seco'et..dan rase,.
  7. Dalam pengukus,susun pari atas daun pisang,.takde daun pon takpe,gune pinggan yang tahan panas la.
  8. Tuang mereka-mereka yang tumis tadi atas ikan.
  9. Kukus selama 20min,.eh,tah,ikut dah masak la,.hehe
  10. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.. hehe,.senang je,campak-campak je dalam kuali tu,.hoho,.