Assalamualaikum, semalam saya masak ikan pari ni,hehe..kalau nak ikutkan,mak nak masak asam pedas pari tapi disebabkan saya ni tak makan "ikan dalam air" ,so terlaksanalah masakan ikan pari kukus berempah ni,..ikan dalam air tu maksudnyer saya ni kureng sket lauk ikan yang berenang dalam air,.huhu,.ex macam asam pedas ke,masak lemak kuning ke,.of course saya hanya akan menikmati just kuah die je yang berladung tuh,.haha,..ntah la,tak bape suke kot lauk-lauk ikan yang dah lembik dalam tu,.hehe,..oke,dipersilakan tengok dan pelajari cara-cara membuatnyer mengikut style sy,.hehe
BAHAN-BAHANNYA :
- Ikan pari ikut kesesuaian bilangan ahli keluarga
- Lada kering mengikut kesukaan,.nak lagi pedas,letak sebalang!
- Bawang merah , bawang putih
- Halia
- 3 sudu kerisik
- Serai potong halus-halus
- Asam keping sekeping.
- Garam dan perasa yang dibenarkan,hehe..
CARA-CARA MELAKSANAKANNYA :
- Basuh ikan seperti biasa kamu lakukan,.hehehe
- Blender lada kering, bawang merah, bawang putih dan halia
- Tumis mereka-mereka itu sampai naik bau
- Then masukkan serai yang telah dipotong nipis-nipis
- Masukkan kerisik, kacau,.bubuh asam keping,.
- Bubuh garam dan perasa yang dibenarkan seco'et..dan rase,.
- Dalam pengukus,susun pari atas daun pisang,.takde daun pon takpe,gune pinggan yang tahan panas la.
- Tuang mereka-mereka yang tumis tadi atas ikan.
- Kukus selama 20min,.eh,tah,ikut dah masak la,.hehe
- Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.. hehe,.senang je,campak-campak je dalam kuali tu,.hoho,.
0 kata-kata hikmat!:
Post a Comment