Salam sume,..
Pagi tadi buat puding roti ni, sebab a.anjang nak datang rumah kan,.so buat la makan-makan lebih sket,.tengok ade roti kat dapo, mule la rajin nak buat,.dari roti tu dimakan begitu saje,baik kite cekau awal-awal!,.hehe
BAHAN-BAHAN :
- ROTI 10 KEPING
- 1 TIN SUSU CAIR
- 2 BIJI TELUR
- 5/6 SUDU GULA
- 2 SUDU MARJERIN
- KISMIS
JOM KITE BUAT :
- Satukan gula dan telur dalam mangkuk, kemudian kacau rata.
- Masukkan susu cair dan kacau lagi,.tabur sedikit garam.
- Roti dipotong 4 dan direndam dalam air selama 10 minit.
- Kemudian angkat dan susun dalam loyang sambil menabur sedikit kismis. Sebelum tu loyang hendaklah disapu sedikit marjerin.
- Setelah roti disusun rawak dalam loyang, *tak perlu disusun teratur sebab nanti pudingnya tak nampak cantik* sapukan sedikit marjerin lagi atas roti.
- Tuang adunan tadi keatas roti yang telah disusun,.
- Kukus selama 45 minit
- Sedia untuk dihidang
yg ni saya bakar sket sebab konon2 nak bagi crunchy,hik3 |
SELAMAT MENCUBA ~ simple je ni,hehe..
0 kata-kata hikmat!:
Post a Comment