THIS BLOG BELONG TO ME AND MY MAMA..!!

"blogcahayamama.blogspot"

BLOG INI ADALAH BLOG SUKE-SUKI MASAKAN KAMI DAN BLOG JOIN CONTEST..

~~ MOHON KERJASAMA KALIAN SEMUA ~~

SEMUA GAMBAR-GAMBAR DALAM BLOG NI ADALAH HAK MILIK KAMI PERSENDIRIAN..
DO NOT COPYRIGHT!




My Sweetlove Followers

Tuesday, 24 January 2012

PIZZA ALA MELAYU


Assalamualaikum..

Apa khabar? Lama dah tak muncul kat dapur CM ni,huhu..bizi mengalahkan PM..

Ha, malam ni nak update dinner..Dinner kami arini ala-ala western sket..Western pun dah di 'renovate' sket ke ala-ala melayu.hikhik..Petang tadi buat Pizza..Sebenarnya nak buat roti sosej tapi tetibe muncul idea nak kembangkan dia jadi pizza.besar sket kan, kenyang la nak makan ramai-ramai.hehe..Kebetulan pulak ada bahan yang nak dicampakkan, sooo muncul la pizza di hari raya cina ni,ahaks..jom kite tengok resipi..


BAHAN-BAHAN :

[ Adunan untuk doh ]

4 cawan tepung gandum
2 sudu yis
2 sudu gula
sedikit garam
Air secukupnya sampai doh lembut

[ Adunan inti Pizza ]

Isi ayam -dadu-
10 ketul sosej -potong bulat-
1 tin puri tomato atau mengikut sukatan anda sendiri.
1 packet Cheesedale -bahan budget, better guna Mozarella Cheese- huhu
1/2 biji lobak dihiris halus
1 biji tomato -dadu-
3 tangkai cili api
1 biji lada benggala kuning [capsicum]
Sos lada hitam
Sos cili
Mayonis


1 - Campurkan semua bahan doh dan uli sehingga lembut.

2 - Perapkan dengan balut menggunakan aluminium foil atau tutup bekas dengan penutup sehingga setengah jam.

3 - Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan ayam dadu. Tumis sampai masak dan tuangkan puri tomato dan sedikit sos secukupnya.

4 - Lepas setengah jam, canai doh di atas dulang pembakar seperti bentuk pizza.

5 - Ratakan bahan ayam yang telah ditumis tadi sehingga rata keseluruhan pizza.

6 - Susun hirisan sosej mengikut kreativiti anda.




6 - Taburkan hirisan lobak, lada, bawang besar, tomato dan lada benggala.




7. Paipkan sos dan mayonis mengikut kreativiti anda sehingga selesai.



8 - Taburkan cheesedale yang telah dipotong kecil atau tabur cheese mozarella untuk hasil yang lebih memuaskan.



9 - Bakar selama setengah jam.

Dan inilah hasilnya..yummeh2!! 



~ selamat mencuba!! ~


^^


0 kata-kata hikmat!: